Salam Taaruf

Pengasas Cara Mudah Menguasai Bahasa Al Quran kaedah PUSAR

Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias memulakan pengajian beliau di Kolej Islam Klang sebelum menyambung pengajian di kuliah Usuludin, Universiti Al Azhar. Beliau meneruskan penerokaan ilmu di Institut Pengajian Tinggi Hasan Al Bakuri, Kaherah , Mesir

Ustaz Rusdi berpengalaman sebagai Pengetua Sekolah Menengah Islam Hira, Jeram Kuala Selangor. Pernah menjadi perunding di Bahtera Consultant sebelum menjadi pembimbing Bahasa Arab al Quran di Pendidikan Al Furqan. Ustaz Rusdi juga merupakan pendakwah bebas dan pembimbing talaqqi Al Quran bersanad. Setelah beberapa tahun pengalaman, Ustaz Rusdi memperkenalkan kursus Intensif Bahasa Arab (kaedah sifir dan Hud-Hud)

Ustaz Rusdi Alias mula dikenali melalui segmen ” Hayya Bil Arabiah” di radio IKIM.fm. Di dalam segmen tersebut beliau mengendalikan segmen belajar Bahasa Arab komunikasi.

Beliau juga menubuhkan KIBAR Management Enterprise yang mengusahakan kelas-kelas pengajian Bahasa Arab Al-Quran secara intensif.

Kini Ustaz Rusdi Alias adalah merupakan Pengarah Urusan, Akademi Bahasa Arab Hud-Hud dalam usaha untuk mengembangkan kaedah PUSAR yang diperkenalkan oleh Ustaz Rusdi. www.akademihudhud.com

Latest news

Manfaatkan Ramadhan Anda dengan Belajar Bahasa Arab

Read full article

Manfaatkan Ramadhan Anda dengan Belajar Bahasa Arab

Read full article

https://youtube.com/devicesupport

Read full article

Perbezaan Makna (Perbincangan Doa Duduk Antara Dua Sujud)

Read full article