Monthly Archive January 2019

Byadmin

KURSUS INTENSIF SIRI KE 15

Alhamdulillah, akhirnya tamat kursus intensif bahasa arab bagi Peringkat Asas pada bulan November 2018 lepas.

Setiap kursus yang kami adakan merupakan pembelajaran untuk kami dari segi pengendalian dan cara penyampaian kepada para peserta. Bukan senang untuk tukar mentaliti masyarakat kita untuk mempelajari bahasa arab Al Quran, tambahan pula ada yang mengatakan “Sudah ada Al Quran terjemaah, kenapa masih nak belajar bahasa arab”.
Perasaan ini berbeza sekiranya kita faham Al Quran secara celik ARAB.

Apa bezanya? YA!! Sudah semestinya terdapat perbezaan antara mereka yang faham Al Quran secara celik ARAB dengan mereka memahami Al Quran secara panduan tafsir/terjemaah. Hatta (sehinggakan), terdapat kelas-kelas tafsir mengenai ayat-ayat Al Quran.

Kami berasa “senang hati” apabila mereka yang ZERO bahasa arab, daripada mereka yang mukanya berkerut-kerut, diakhir kursus melihat senyuman dan memberikan maklum balas yang baik.

Didalam pembelajaran, amat kami menitik-beratkan keseronokan didalam pembelajaran sesuai dengan motto kami MUDAH~SERONOK~FAHAM,

Kursus intensif ini diadakan setahun sekali sahaja, ia bertujuan untuk mereka yang sukar berikan komitmen secara kelas mingguan yang kadang mengambil masa selama 10 bulan untuk melengkapkan modul peringkat asas. Manakalah Kursus Intensif ini hanya mengambil masa selama 10 hari sahaja (30kelas)

Anda ingin tahu bagaimanakah perasaan mereka? Mari hadir dimana-mana kelas kami yang berhampiran.

Hubungi 019-3579303 untuk sebarang pertanyaan.

WP2FB Auto Publish Powered By : XYZScripts.com