Monthly Archive February 2019

Byadmin

INI BUKAN SKIM CEPAT KAYA, TAPI LEBIH KEPADA BERGAYA DI AKHIRAT SANA

Setiap kali kita akan dengar kuliah atau tazkirah malah mungkin sekali video-video viral mengenai pelawaan untuk kita saling memahami maksud didalam ungkapan solat.

Ia disebabkan manusia sering lupa, jadi disebabkan itu peringatan yang sama sering diulang-ulang. Bukanlah dek kerana tak ada topik lain atau mungkin dah habis idea untuk cakap perkara besar-besar, tapi mana mungkin untuk berkatakan perkara besar sehinggakan perkara akar pun tak kuat?

Ada kalanya dikatakan susah nak hafal ayat, kemudian nak hafal makna pulak. Jika dapat hafal makna ia adalah bonus, tapi hakikatnya adalah FAHAM apa yang nak di sampaikan melalui ayat Al Quran tersebut.

Kenapa imam-imam besar mampu mengalirkan air mata ketika membaca Al Quran? Adakah kita ini juga turut mengalirkan air mata kerana faham apa ayat yang di baca oleh Imam atau sekadar mengalir air mata disebabkan lanturan suara yang merdu oleh imam tersebut? Kalau nak kata berkaitan lagu atau merdu dari segi bacaan, itu kita akan cuba kongsikan di perkongsian akan datang.

Jika kita faham, jangan harap kemungkaran akan berlaku. Tapi syaitan tak akan mungkin biarkan, mereka yakni syaitan juga turun berkerja untuk kita terus melakukan kemungkaran. Aku berlindung dengan Allah yang Maha Perkasa daripada godaan syaitan. Amin

Bymaster

Kuasai Bahasa Arab Al Quran Secara Intensif 2019

Jom sertai kami dalam kursus intensif 2019 untuk menguasai bahasa Arab Al Quran. Terdapat dua modul berjalan serentak iaitu modul ASAS dan modul LANJUTAN

Byadmin

KURSUS 12 JAM

“Sesiapa yang mempelajari Quran, besar harga dirinya.Siapa yang mempelajari hadis, tinggi martabatnya.Siapa yang mempelajari bahasa,lembut hatinya.Siapa yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya dan siapa yang tidak memelihara dirinya, tidak bererti ilmunya”

– Imam Syafie –

Melalui kata-kata Imam Syafie ini, sedikit sebanyak memberi motivasi kepada diri kita untuk terus belajar sesuatu ilmu itu. Jelas sekali dengan mempelajari sesuatu itu akan sedikit sebanyak memberi perubahan pada diri kita dari pelbagai sudut. Ilmu itu adalah satu perkara yang amat bernilai, jadi tidak mungkin perkara yang bernilai itu akan datang bergolek tanpa di cari.

Alhamdulillah, pengalaman kami selama 2 hari dalam tempoh 12jam mengajar dan berkongsi ilmu bahasa arab Al Quran kepada kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri bertempat di Bangi amat bermakna bagi kami. Seramai 270 peserta yang turut serta didalam kursus tersebut, dan ia memberi impak yang besar kepada kami untuk memperbaharui modul yang lebih santai dan MUDAH untuk mereka perolehi.

قَالَ الإِمَامُ الشَّافِعِي : يَجِبُ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ أَن يَتَعَلَّمَ مِن لِسَانِ العَرَبِ مَا يَبْلُغُ جُهْدُهُ فِي أَدَاءِ فَرْضِه

“Wajib ke atas setiap muslim mempelajari Bahasa Arab sekadar yang dia mampu pada melaksanakan perkara yang fardhu”.

Taniah kami ucapkan kepada anda semua yang terus berikan komitmen dalam mempelajari bahasa arab Al Quran, moga-moga segala usaha murni ini akan dapat dijadikan saham kita di akhirat kelak.

قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : ” تَعَلَّمُوا الْعَرَبِيَّةَ فَإِنَّهَا تُنْبِتُ الْعَقْلَ وَتَزِيدُ فِي الْمُرُوءَةِ ”

Saidina Umar al Khattab RA telah berkata :
“Pelajarilah Bahasa Arab, kerana sesungguhnya ia mentetapkan akal dan ia meninggikan pada maruah”

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com