Monthly Archive November 2019

Byadmin

SEMINAR MUDAH BAHASA ARAB AL QURAN

Alhamdulillah pada tarikh 21hb September 2019 lepas, Ustaz Rusdi Alias berpeluang untuk menyampaikan seminar 6jam kepada rakyat Johor yang bertempat di UTM Skudai Johor.

Didalam seminar tersebut Ustaz Rusdi Alias berkongsikan cara mudah untuk para hadirin menguasai bahasa arab Al Quran sebanyak 70%. Seramai 200 peserta yang hadir semasa seminar tersebut membuatkan Ustaz Rusdi Alias berasa teruja didalam penyampaian

Ini membuktikan bahawa masyarakat kita mahu mendalami ilmu bahasa arab Al Quran namun mencari peluang dan ruang yang mudah untuk mereka kuasai ilmu tersebut. Ini juga memberi semangat kepada kami untuk terus mengadakan seminar seperti ini dengan lebih kerap agar mereka tahu bahawa BAHASA ARAB AL QURAN INI MUDAH UNTUK DIKUASAI dengan strategi dan kaedah yang betul.

Semasa seminar itu juga turut dihadiri mereka yang berada di Singapura yang merupakan kebanyakkan peserta kami akan hadir ketika mana kami mengadakan kursus intensif secara modul penuh selama 9 hari di Shah Alam

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com