Melalui pengalaman mengajar, Ustaz Rusdi Alias mengeluarkan kaedah mudah dalam mempelajari Bahasa Arab supaya menjadi lebih seronok, mudah dipelajari dan senang untuk difahami. Kaedah itu dinamakan KIBAR. Apa itu kibar? KIBAR ialah Kelas Intensif Bahasa Arab merupakan siri kelas pengajian Bahasa Arab secara intensif dan berdasarkan modul yang dibangunkan sendiri oleh Ustaz Rusdi. Mengandungi beberapa modul yang boleh membantu para pelajar menguasai Bahasa Arab secara berperingkat-peringkat.
Memperkenalkan asas bahasa arab dengan cara mudah dan cepat yang mengambil masa selama 60 jam. Ia sangat sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai asas bahasa arab.
Kursus pengukuhan bagi mereka yang berminat untuk memantapkan kefahaman asas mereka didalam bahasa arab. Ia boleh disertai oleh mereka yang telah mengikuti KIBAR ASAS atau mereka yang telah memiliki asas Bahasa Arab.
ABC untuk menjadi seorang alim ulama’. Mengukuhkan 3 asas kemahiran membaca kitab arab iaitu membaris, mengendalikan kamus, dan memahami teks arab dengan betul. Kursus ini sangat penting kepada mereka yang akan mendalami bidang agama di dalam mahupun di luar Negara.
Program yang disusun khusus untuk mereka yang ingin cepat memahami kaedah Cara Mudah Belajar Bahasa Arab dalam 12 Jam
Program lanjutan dalam memahami dan mempraktikkan ilmu Bahasa Arab dalam hanya 60 Jam pertemuan menggunakan ayat-ayat Al Quran yang biasa dibaca
Ustaz Rusdi Alias telah mewakafkan video - video kelas pengajaran Bahasa Arab beliau untuk dipelajari dan dirujuk secara online. https://www.youtube.com/user/kibar2u
Maklumat terkini program pengajian KIBAR dan perkongsian ilmu disini
"Sesiapa yang mempelajari Quran, besar harga dirinya.Siapa yang mempelajari hadis, tinggi martabatnya.Siapa yang mempelajari bahasa,lembut h
Alhamdulillah, akhirnya tamat kursus intensif bahasa arab bagi Peringkat Asas pada bulan November 2018 lepas. Setiap kursus yang kami ad
Ini merupakan soal jawab mengenai pembelajaran bahasa arab AL QURAN bagi peringkat asas dibawah kendalian Akademi Bahasa Arab Hudhud. Soal ja
Jom sertai kami dalam kursus intensif kuasai Bahasa Arab Al Quran. Penguasaan Bahasa Arab Al Quran anda akan lebih bagus dalam masa 10 hari bers