Salam Taaruf

Laman web ini adalah merupakan laman web rasmi Ustaz Rusdi Alias. Beliau menubuhkan KIBAR Management  yang mengusahakan kelas-kelas pengajian Bahasa Arab Al-Quran secara intensif di surau2, masjid2 dan pusat2 pengajian. >>> Baca lanjut

Subscribe Youtube Kami

Kaedah KIBAR

Melalui pengalaman mengajar, Ustaz Rusdi Alias mengeluarkan kaedah mudah dalam mempelajari Bahasa Arab supaya menjadi lebih seronok, mudah dipelajari dan senang untuk difahami. Kaedah itu dinamakan KIBAR. Apa itu kibar? KIBAR ialah Kelas Intensif Bahasa Arab merupakan siri kelas pengajian Bahasa Arab secara intensif dan berdasarkan modul yang dibangunkan sendiri oleh Ustaz Rusdi. Mengandungi beberapa modul yang boleh membantu para pelajar menguasai Bahasa Arab secara berperingkat-peringkat.

KIBAR Asas Kaedah PUSAR

Memperkenalkan asas bahasa arab dengan cara mudah dan cepat yang mengambil masa selama 60 jam. Ia sangat sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai asas bahasa arab.

KIBAR Lanjutan (Kaedah PUSAR)

Kursus pengukuhan bagi mereka yang berminat untuk memantapkan kefahaman asas mereka didalam bahasa arab. Ia boleh disertai oleh mereka yang telah mengikuti KIBAR ASAS atau mereka yang telah memiliki asas Bahasa Arab.

Membaca Kitab Arab (Kaedah HudHud)

ABC untuk menjadi seorang alim ulama’. Mengukuhkan 3 asas kemahiran membaca kitab arab iaitu membaris, mengendalikan kamus, dan memahami teks arab dengan betul. Kursus ini sangat penting kepada mereka yang akan mendalami bidang agama di dalam mahupun di luar Negara.

Kursus Intensif 12 Jam

Program yang disusun khusus untuk mereka yang ingin cepat memahami kaedah Cara Mudah Belajar Bahasa Arab dalam 12 Jam

Kursus Intensif 60 Jam

Program lanjutan dalam memahami dan mempraktikkan ilmu Bahasa Arab dalam hanya 60 Jam pertemuan menggunakan ayat-ayat Al Quran yang biasa dibaca

Belajar Online

Ustaz Rusdi Alias telah mewakafkan video - video kelas pengajaran Bahasa Arab beliau untuk dipelajari dan dirujuk secara online. https://www.youtube.com/user/kibar2u

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut berkenaan kelas dan buku-buku terbitan KIBAR

Berita Terkini

Maklumat terkini program pengajian KIBAR dan perkongsian ilmu disini

Byadmin Nov 21, 2018

Cabar Minda

Ini merupakan soal jawab mengenai pembelajaran bahasa arab AL QURAN bagi peringkat asas dibawah kendalian Akademi Bahasa Arab Hudhud. Soal ja

Bymaster Oct 11, 2018

Daftar Kursus Intensif

Jom sertai kami dalam kursus intensif kuasai Bahasa Arab Al Quran. Penguasaan Bahasa Arab Al Quran anda akan lebih bagus dalam masa 10 hari bers

Byadmin Sep 28, 2018

TERUS MENGEMBARA

Alhamdulillah diucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerna diberikan nikmat islam yang sangat-sangat tinggi. Setinggi-tinggi ke

Bymaster Aug 19, 2018

Ujian Posting dari website

Mesej ini disampaikan melalui laman web ustazrusdi.com dan dihantar terus ke facebook page ustazrusdi

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com