Back

KIBAR MANAGEMENT RESOURCES SDH BHD

MELAHIRKAN GENERASI FAHAM AL QURAN

Syarikat pendaftaran Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada Mac 2016 pada asalnya beroperasi secara enterprise dengan nama KIBAR MENAGEMENT ENTERPRISE atas nama pemilik tunggal Ustaz Mohd Rusdi Bin Alias.

KIBAR MANEGEMENT RESOURCES SDN BHD ini merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembelajaran bahasa arab Al Quran khususnya kepada masyarakat melayu nusantara.

Kami mengetahui kesukaran masyarakat dalam mendalami ilmu bahasa arab ini apabila kaedah penyampaian dan pendekatan yang sukar mengakibatkan masyarakat itu sendiri menjauhkan diri daripada mempelajari bahasa arab Al Quran

Atas dasar memahami kesukaran itulah Ustaz Mohd Rusdi Bin Alias telah menemui jalan mudah untuk masyarakat kuasai bahasa arab Al Quran apabila beliau berkesempatan membincangkan lebih kurang 24 juzu’ Al Quran dengan pelajar-pelajar beliau dengan kaedah yang bersistematik dengan mengetengahkan konsep MUDAH ~ SERONOK ~ FAHAM.

Kaedah ini dinamakan Kaedah PUSAR iaitu beliau telah menemui perkataan yang sangat kerap berulang atau sangat popular penggunakan di dalam Al Quran.

Kami sangat komited untuk memberikan kefahaman bahasa arab Al Quran itu kepada masyarakat dengan matlamat yang jelas iaitu “Melahirkan Generasi Faham Al Quran”.

Disebabkan itu Kibar Management Resources Sdn Bhd berkerjasama dengan syarikat

Akademi Bahasa Arab Hud Hud Sdn Bhd bagi mencapai matlamat besar yakni untuk mengembangan pembelajaran ke seluruh nusantara khususnya

Akhir sekali, Kibar Management Resources Sdn Bhd amat berharap agar segala cita-cita dan matlamat kami mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada semua pihak dan sama-sama dapat mencapai keunggulan serta wawasan globalisasi yang diimpikan

Sekian terima kasih