Ebook Percuma! Kursus Nahu Al Quran Kaedah Pusar

Bymaster

Ebook Percuma! Kursus Nahu Al Quran Kaedah Pusar

Kursus nahu online akan membincangkan penggunaan kad purple di dalam kaedah pusar.

Kad purple A akan membincangkan baris2 hujung isim yang sudah akan memberi kesan kepada pemahaman yang tepat terhadap teks2 bahasa arab.

Ada 6 isim marfu’, 11 isim mansub, 2 isim majrur dan 4 isim tawabi’. Jadi ada 23 perbahasan yang perlu disimpulkan di dalm kad ini.

Dalam masa yang sama para peserta perlu mengetahui 8 isim yang mabni sepertimana yang diputuskan oleh tatabahasa arab.

Kad purple B akan membincangkan tentang fiel serta disiplin yang mesti dipegang ketika menggunakannya.

Ada 3 kategori fiel yang mabni dan ada 3 perbahasan fiel yang mu’rab. Dengan menguasai kad purple B, para peserta akan dapat memahami penggunaan fiel di dalam Al Quran dan sebab sebab perubahannya.

Sudah tentu pemahaman keseluruhan teks bahasa Arab mesti didahului dengan penguasaan peserta mengenal jumlah fikliyyah dan jumlah ismiyyah.

Dengan seminar nahu online ini diharapkn para peserta dapat melihat secara jelas tentang gambaran menyeluruh asas hukum nahu bahasa Arab khususnya bagi mereka ingin memahami Bahasa Al Quran.

Kematangan nahu Al Quran ini akan kita dapat melalui latih tubi dan praktis kita terhadap ayat ayat Al Quran. Inilah cara terbaik untuk kita terus berdampingan dengan pemahaman kitab suci Al Quran.

About the author

master administrator

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com