SEMINAR TEKNIK MENGAJAR CELIK AL QURAN

Byadmin

SEMINAR TEKNIK MENGAJAR CELIK AL QURAN

Alhamdulillah baru selesai kami menguruskan SEMINAR TEKNIK MUDAH MENGAJAR CELIK AL QURAN

Walaupun kami bertahun-tahun mengajarkan dan berkongsi ilmu bahasa arab AL QURAN kepada masyarakat, kami juga memikirkan cara untuk memudahkan orang yang masih belum pandai membaca AL QURAN.

Ustaz Zaidi dan Isterinya memberikan penerangan kaedah mengajar

Itu bukan fokus kami, namun kami cuba untuk meramaikan lagi orang yang boleh mengajar masyarakat untuk pandai membaca AL QURAN.

Oleh itu, kami menjemput Ustaz Zaidi dan Isterinya dari Kelantan ke Selangor berkongsi teknik MUDAH untuk mengajar masyarakat untuk membaca AL QURAN dalam tempoh 4JAM.

Dengan pengalaman beliau selama 20 tahun mendidikan anak-anak setempat beliau di Kelantan, dan telah melahirkan puluhan ribu yang boleh membaca AL QURAN dalam tempoh 4 jam, selayaknya kami memjemput beliau untuk berkongsi kepada pelajar-pelajar kami di Masjid Al Falah, USJ9 baru-baru ini.

Alhamdulilah seramai 220 peserta yang hadir dan diharapkan seramai 220 orang ini mampu terbang dan mengajar dan mendidikan masyarakat untuk pandai membaca AL QURAN dengan teknik yang MUDAH dan BERKESAN.

KAMI SEMEMANGNYA KOMITED UNTUK MELAHIRKAN GENERASI FAHAM AL QURAN

About the author

admin administrator

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com